MAIDAM Waqf Run 2026 Registration Open

MAIDAM Waqf Run 2026

14 NOVEMBER 2026

Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu · Setiap Ringgit. Setiap Sen. Setiap Langkah Untuk Wakaf. · Anjuran MAIDAM

Menghitung detik ke hari acara

--Hari
--Jam
--Minit
--Saat
Register Now!

Anjuran

MAIDAM Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

Dengan Kerjasama

KMI Healthcare
KMI Healthcare
Perbadanan Wakaf Nasional Berhad
Perbadanan Wakaf Nasional Berhad
Taman Tamadun Islam
Taman Tamadun Islam

Technical Partner

Terengganu Marathon Pasukan teknikal larian · Terengganu Marathon

Untuk Setiap Peserta

Event Entitlement

Suasana Acara

Galeri Gambar

Sebelum Anda Daftar

Soalan Lazim

Apa beza kategori Bersemuka dan Virtual?

Bersemuka: berlari 5KM di Taman Tamadun Islam pada 14 November 2026, flag off 8:00 pagi, dan kutip race kit di REPC. Virtual: berlari 5KM di mana sahaja pada bila-bila masa, race kit dipos ke alamat anda. Yuran kedua-dua kategori sama, RM55. Peserta Virtual dikenakan caj pos RM20 secara berasingan untuk penghantaran race kit.

Apa yang saya dapat?

Setiap peserta dapat medal, official event tee, race bib dan e-sijil penyertaan. Peserta bersemuka turut menikmati water station dan finish line refreshment di lokasi larian.

Macam mana peserta Virtual dapat race kit?

Pilih Delivery semasa mendaftar dan isi alamat penghantaran. Caj pos RM20 dikira berasingan daripada yuran RM55, untuk satu alamat. Peserta yang berkongsi alamat sama berkongsi caj pos (2 peserta RM35, 3 peserta RM50).

Bila dan di mana kutipan race kit (REPC) untuk peserta Bersemuka?

13 November 2026, 10:00 pagi hingga 6:00 petang di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Peserta bersemuka juga boleh pilih pos ke rumah dengan kos RM20.

Ke mana yuran penyertaan disalurkan?

100% yuran penyertaan disalurkan kepada wakaf melalui MAIDAM.

Macam mana hantar keputusan larian Virtual?

Cara penghantaran keputusan larian akan dimaklumkan kepada peserta Virtual sebelum tarikh acara.

Siapa layak menyertai?

Terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 5 hingga 100 tahun. Kategori Lelaki Terbuka dan Wanita Terbuka untuk Bersemuka dan Virtual.

Kenapa ada fi transaksi RM1?

Fi RM1 ini menampung kos perkhidmatan pembayaran dalam talian bagi setiap pesanan, dikenakan sekali sahaja walaupun anda mendaftar beberapa peserta dalam satu pembayaran. Ia diasingkan supaya yuran RM55 setiap peserta disalurkan sepenuhnya kepada wakaf tanpa sebarang potongan.

Pendaftaran Dibuka

Sedia untuk sertai?

Register Now!
Register Now!