Gelugor Monsoon Run 2026 Registration Open

Gelugor Monsoon Run 2026

21 NOVEMBER 2026

Sekolah Kebangsaan Gelugor, Kuala Terengganu · Anjuran SK Gelugor, SK Tok Dir dan SMK Sultan Mansor bersama PPD Kuala Terengganu dan Persatuan Olahraga Daerah Kuala Terengganu

Menghitung detik ke hari acara

--Hari
--Jam
--Minit
--Saat
Daftar Sekarang

Gelugor Monsoon Run 2026 ialah larian untuk murid sekolah rendah dan menengah di bawah JPN Terengganu, bermula di Sekolah Kebangsaan Gelugor, Kuala Terengganu pada 21 November 2026. Tiga kategori umur: Bawah 11 Tahun (4KM), Bawah 14 Tahun (6KM) dan Bawah 16 Tahun (8KM), lelaki dan perempuan. Peserta layak menerima Sijil PAJSK Peringkat Negeri.

Anjuran SK Gelugor, SK Tok Dir dan SMK Sultan Mansor
dengan kerjasama PPD Kuala Terengganu serta Persatuan Olahraga Daerah Kuala Terengganu

Pilih kategori anda

Huruf di sebelah kiri ialah prefix nombor bib anda pada hari acara.

4KM RM35 U11: murid Tahun 5 dan ke bawah (lahir 2015 hingga 2019)
6KM RM35 U14: murid Tahun 6, Tingkatan 1 dan 2 (lahir 2012 hingga 2014). U16 Perempuan: murid Tingkatan 3 dan 4 (lahir 2010 hingga 2011)
8KM RM35 U16 Lelaki: murid Tingkatan 3 dan 4 (lahir 2010 hingga 2011)

Yuran RM35 seorang. Kit larian diambil sendiri di SK Gelugor pada 19 dan 20 November 2026. Nama sekolah wajib diisi semasa pendaftaran.

Untuk Setiap Peserta

Event Entitlement

Suasana Acara

Galeri Gambar

Sebelum Anda Daftar

Soalan Lazim

Siapa layak menyertai?

Murid sekolah rendah dan menengah yang berdaftar di bawah JPN Terengganu sahaja. Kategori ikut tahun persekolahan 2026: U11 untuk murid Tahun 5 dan ke bawah (lahir 2015 hingga 2019), berlari 4KM. U14 untuk murid Tahun 6, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (lahir 2012 hingga 2014), berlari 6KM. U16 untuk murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 (lahir 2010 hingga 2011): lelaki berlari 8KM, perempuan berlari 6KM. Nama sekolah wajib diisi semasa pendaftaran.

Berapa yuran penyertaan?

Yuran penyertaan RM35 seorang. Pendaftaran hanya sah selepas bayaran diterima sepenuhnya, dan yuran tidak dikembalikan selepas pendaftaran disahkan.

Bila pendaftaran tutup?

7 November 2026, atau lebih awal apabila kuota kategori penuh. Kuota: U11 150 lelaki dan 150 perempuan, U14 dan U16 100 setiap kategori.

Macam mana saya dapat kit larian?

Kit larian (T-shirt, bib dan maklumat larian) diambil sendiri di SK Gelugor, Kuala Terengganu pada 19 dan 20 November 2026, 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Tiada penghantaran pos. Tunjukkan QR dalam slip pendaftaran yang diemel selepas bayaran.

Macam mana dengan saiz baju?

Baju ada 18 saiz: saiz kanak-kanak 22 hingga 34 dan saiz dewasa XS hingga 7XL. Rujuk carta saiz dalam galeri sebelum memilih kerana saiz tidak boleh ditukar selepas kit dicetak. Semua peserta wajib memakai T-shirt Gelugor Monsoon Run semasa larian.

Hadiah apa yang disediakan?

Setiap kategori Bawah 11, Bawah 14 dan Bawah 16, lelaki dan perempuan: tempat pertama RM100, kedua RM50, ketiga RM30, keempat RM20, dan tempat kelima hingga kesepuluh RM10.

Macam mana saya dapat sijil?

E-sijil PAJSK Peringkat Negeri boleh dimuat turun selepas acara melalui pautan yang diemel kepada setiap peserta.

Berapa jarak larian dan pukul berapa flag off?

U11 lelaki dan perempuan 4KM. U14 lelaki dan perempuan 6KM. U16 Perempuan 6KM dan U16 Lelaki 8KM. Flag off pada 21 November 2026 mengikut kategori: U16 Lelaki 8:30 pagi, U14 Lelaki 8:33 pagi, U14 Perempuan 8:36 pagi, U16 Perempuan 8:39 pagi, U11 Lelaki 8:42 pagi dan U11 Perempuan 8:45 pagi.

Apa atur cara pada hari kejohanan?

Semakan peserta 7:30 hingga 8:00 pagi, diikuti taklimat peserta 8:00 hingga 8:30 pagi. Kejohanan bermula 8:30 pagi dengan flag off ikut kategori. Peserta terakhir dijangka tiba 10:00 pagi, diikuti pengesahan keputusan. Majlis penyampaian hadiah 10:30 pagi dan bersurai 11:00 pagi. Sila hadir sebelum 7:30 pagi untuk semakan peserta.

Pendaftaran Dibuka

Sedia untuk sertai?

Daftar Sekarang
Daftar Sekarang