Registration Open
Bukit Payong Run Festival 2026
Dataran Bukit Payong, Marang, Terengganu · Run. Explore. BP26 · Road to TM27
Menghitung detik ke hari acara
Registration Open
Dataran Bukit Payong, Marang, Terengganu · Run. Explore. BP26 · Road to TM27
Menghitung detik ke hari acara
Bukit Payong Run Festival 2026 ialah larian jalan raya 10KM, 8KM, 6KM dan 4KM serta fun run 5KM, bermula di Dataran Bukit Payong, Marang. BP26 juga jadi larian persediaan menuju Terengganu Marathon 2027.
Anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong
Pasukan teknikal larian Terengganu Marathon
Harga ini sah sehingga 24 Oktober. Selepas itu 10KM naik ke RM80 dan jarak lain RM65.
Huruf di sebelah kiri ialah prefix nombor bib anda pada hari acara.
Pos race kit ke rumah tambah RM20. Yuran naik mengikut fasa pendaftaran, jadual penuh ada dalam galeri di atas.
Untuk Setiap Peserta
Suasana Acara
Sebelum Anda Daftar
10KM terbuka kepada umur 18 tahun ke atas, dengan kategori Open, Veteran 40 tahun ke atas, dan Closed Terengganu. 8KM Youngster untuk umur 16 hingga 18 tahun. 6KM Youngster untuk 13 hingga 15 tahun. 4KM Youngster untuk 8 hingga 12 tahun. 5KM Fun Run terbuka kepada semua peringkat umur. Setiap jarak ada kategori lelaki dan wanita berasingan.
Yuran naik ikut fasa pendaftaran. Super Early Bird 15 hingga 18 Oktober: 10KM RM70, manakala 8KM, 6KM dan 4KM RM55. Early Bird 19 hingga 24 Oktober: 10KM RM75, 8KM, 6KM dan 4KM RM60. Regular 25 Oktober hingga 24 November: 10KM RM80, 8KM, 6KM dan 4KM RM65. Late Entry 25 hingga 28 November: 10KM RM85, 8KM, 6KM dan 4KM RM70. Fun Run 5KM kekal RM55 sepanjang tempoh pendaftaran. Tambah RM20 kalau mahu race kit dipos ke rumah. Jadual harga penuh ada dalam galeri di atas.
10KM flag off 6:30 pagi, cut off time 8:30 pagi. 8KM flag off 6:35 pagi, cut off 8:35 pagi. 6KM flag off 6:40 pagi, cut off 8:10 pagi. 4KM flag off 6:45 pagi, cut off 7:45 pagi. Fun Run 5KM flag off 7:30 pagi tanpa cut off. Semua bermula di Dataran Bukit Payong. Peserta dinasihatkan tiba seawal 6:00 pagi untuk bacaan doa, taklimat keselamatan dan regangan.
Pilih kutipan sendiri di REPC pada 11 Disember 2026, 10:00 pagi hingga 6:00 petang di Dataran Bukit Payong, atau pilih pos ke rumah dengan kos RM20 untuk satu alamat. Peserta yang berkongsi alamat sama berkongsi kos pos, contohnya 2 peserta RM35 dan 3 peserta RM50.
Tiket cabutan bertuah, jersi event tee reka khas ikut jarak, race bib, pingat finisher, e-sijil penyertaan, perlindungan insurans, water station dan juadah penamat untuk semua peserta. Peserta kategori bertanding 10KM, 8KM, 6KM dan 4KM turut dapat cip masa serta layak untuk hadiah wang tunai dan pingat pemenang. Rujuk jadual entitlement dalam galeri di atas untuk butiran penuh ikut jarak.
Kategori 10KM Terengganu Closed khas untuk pemegang kad pengenalan Terengganu. Peserta yang layak turut didaftarkan secara automatik dalam kategori Open, jadi anda boleh bersaing untuk hadiah dalam kedua-dua kategori. Peserta luar Terengganu sila pilih kategori Open. Pengesahan dibuat semasa kutipan race kit, jadi bawa kad pengenalan.
Setiap kategori bertanding ada hadiah wang tunai untuk 5 tempat terbaik dan pingat untuk tempat ke-6 hingga ke-10. 10KM: johan RM1,000, kedua RM500, ketiga RM250, keempat RM130, kelima RM100. 8KM Youngster: RM800, RM400, RM200, RM100, RM50. 6KM Youngster: RM600, RM300, RM150, RM100, RM50. 4KM Youngster: RM400, RM200, RM100, RM50, RM30. Cabutan bertuah pula berjumlah RM14,000 dengan hadiah utama RM10,000 untuk seorang peserta. Semua peserta termasuk pelari Fun Run layak masuk cabutan bertuah. Jadual hadiah penuh ada dalam galeri di atas.
Baju ada 13 saiz dari 5XS hingga 5XL. Peserta wanita boleh pilih potongan Normal atau Muslimah. Carta ukuran lelaki dan Muslimah ada dalam galeri di atas, sila rujuk sebelum pilih saiz kerana saiz tidak boleh ditukar selepas race kit dicetak.