Registration Open
Ekiden Challenge · TM27 × PMINT Square
Paya Bunga Square, Kuala Terengganu · Road To TM27
Menghitung detik ke hari acara
Registration Open
Paya Bunga Square, Kuala Terengganu · Road To TM27
Menghitung detik ke hari acara
Untuk Setiap Peserta
Suasana Acara
Sebelum Anda Daftar
Pilih kategori pasukan (Teenager 12-18 / Open 18 tahun ke atas / Veteran 40+, Men/Women/Mixed), daftarkan nama pasukan dan buat pembayaran RM207. Selepas bayaran disahkan, pautan roster dihantar ke emel pengurus pasukan. Senarai 3 pelari WAJIB dilengkapkan dalam tempoh 24 jam selepas pengesahan bayaran.
9 kategori pasukan 3 pelari: Teenager (12-18), Open (18 tahun ke atas) dan Veteran (40+), setiap satu Men/Women/Mixed, RM207 sepasukan. Solo Run Men/Women (12 tahun ke atas) RM69. Setiap kategori ada masa flag off sendiri, dari 9:00 PM (Teenager Men) sampai 1:30 AM (Open Mixed). Rujuk poster Race Schedule untuk masa penuh.
Satu pusingan dianggarkan 3.2KM dan akan diukur dengan tepat kemudian. Satu pasukan 3 pelari, seorang satu pusingan, jumlah 9.6KM. Laluan penuh akan diumumkan.
Sash ialah selempang yang dipakai merentang badan dan diserah antara pelari, ganti kepada baton. Sash WAJIB dipakai dan kelihatan sepanjang masa. Serahan mesti berlaku di dalam Transition Zone, tangan ke tangan sahaja, tidak boleh dibaling. Kalau sash terjatuh, pelari mesti mengutipnya sebelum menyambung larian. Pasukan boleh disingkirkan jika mula tanpa sash, tamat tanpa sash, atau guna sash tidak sah.
Masa rasmi direkodkan apabila pelari ketiga tamat. Pelari kedua dan ketiga wajib menunggu di Transition Area.
Lapan item untuk pasukan dan Solo Run: Ekiden Tee, Race Bib, Timing Chip, E-Certificate, Finish Line Refreshment, Insurance Coverage, Finisher Medal dan Promocode TM27 RM10.
17 September 2026, 10:00 AM hingga 6:00 PM sahaja, di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu.
Pendaftaran ditutup pada 5 September 2026 atau apabila kuota 20 pasukan bagi kategori berkenaan telah penuh, mengikut mana yang terdahulu.