Poster rasmi TM27 X PMINT Square Ekiden Challenge, Flag Off 9:00 PM pada 18 September 2026 di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu

Road To TM27 · 18 September 2026

TM27 X PMINT Square Ekiden Challenge

Larian berpasukan waktu malam di Kuala Terengganu. Tiga pelari satu pasukan, seorang satu pusingan, satu sash diserah dari tangan ke tangan. Ada juga Solo Run untuk yang nak lari sendiri.

Tarikh
18 September 2026
Flag Off
Ikut kategori, 9:00 PM hingga 1:30 AM
Race Village
Pintu Utama Paya Bunga Square, Kuala Terengganu
Format
3 pelari x 3.2 KM (9.6 KM sepasukan)
Yuran
RM207 satu pasukan · RM69 Solo Run
Kuota
20 pasukan setiap kategori
Race Kit
17 September 2026, 10:00 AM hingga 6:00 PM
Pendaftaran tutup
5 September 2026
01

Kategori & Pendaftaran

Pilih dulu: masuk berpasukan atau lari sendiri. Kemudian pilih kategori dan klik Daftar.

Ekiden Team
RM207 satu pasukan (1 team = 3 runner). Kategori ikut umur: Teenager, Open, Veteran.
Solo Run
RM69 per pax. Open, 12 tahun ke atas. Men Solo dan Women Solo.

Teenager

12 tahun hingga 18 tahun
RM207 satu pasukan

Open

18 tahun ke atas
RM207 satu pasukan

Veteran

40 tahun ke atas
RM207 satu pasukan

Solo Run

Open, 12 tahun ke atas
RM69 per pax

Wajib untuk pasukan

Senarai pemain (roster) wajib dilengkapkan dalam tempoh 24 jam selepas bayaran disahkan. Pautan roster dihantar ke emel pengurus pasukan selepas bayaran sah.

Pendaftaran ditutup pada 5 September 2026 atau apabila kuota 20 pasukan bagi kategori berkenaan telah penuh, mengikut mana yang terdahulu.

02

Format & Jarak

Satu pasukan ada 3 pelari. Setiap pelari lari satu pusingan, kemudian serah sash kepada pelari seterusnya di Transition Zone.

Satu pusingan3.2 KM (anggaran)
Satu pasukan3 pelari. Setiap pelari lari satu pusingan.
Jumlah sepasukan9.6 KM (3 pelari x 3.2 KM)
Peta laluanBelum diumumkan (To Be Announced).
StagingPelari kedua dan ketiga wajib menunggu di dalam Transition Area.
Masa rasmiDirekodkan apabila pelari ketiga tamat.
Tempoh acaraFlag Off pertama 9:00 PM, terakhir 1:30 AM. Acara berlarutan sampai lebih kurang 5:30 pagi.

Jarak 3.2 KM satu pusingan adalah anggaran. Ia akan diukur dengan tepat kemudian.

03

Yuran & Entitlement

Yuran penyertaan

PenyertaanYuran
Ekiden TeamRM207 satu pasukan
1 team = 3 runner
Solo RunRM69 per pax

Yuran Ekiden Team dibayar sekali untuk satu pasukan, bukan seorang.

Entitlement (8 item)

  • Ekiden Tee
  • Race Bib
  • Timing Chip
  • E-Certificate
  • Finish Line Refreshment
  • Insurance Coverage
  • Finisher Medal
  • Promocode TM27 RM10
Finisher Medal TM27 X PMINT Square Ekiden Challenge
Finisher Medal Ekiden Challenge. Entitlement sama untuk Ekiden Team dan Solo Run.
04

Hadiah

Hadiah yang sama diberi untuk setiap satu kategori dalam senarai di atas, termasuk Solo Run.

KedudukanHadiah
ChampionRM300
Runner UpRM150
Second Runner UpRM100
05

Sash Protocol

Sash ialah pengganti baton dalam Ekiden. Tiga peraturan ini wajib dipatuhi.

Wear
Sash mesti dipakai merentang badan dan kelihatan sepanjang masa.
Exchange
Serahan mesti berlaku di dalam Transition Zone, tangan ke tangan sahaja. Tidak boleh dibaling.
Safety
Kalau sash terjatuh, pelari mesti mengutipnya semula sebelum menyambung larian.

Disingkirkan (disqualification)

  • Mula tanpa sash.
  • Tamat tanpa sash.
  • Guna sash yang tidak sah (unauthorized).
06

Tarikh Penting

TarikhPerkara
5 September 2026Pendaftaran ditutup. Sesuatu kategori akan ditutup lebih awal sebaik kuota 20 pasukan bagi kategori tersebut penuh.
17 September 2026Race Kit Collection, 10:00 AM hingga 6:00 PM. Di Paya Bunga Square sahaja.
18 September 2026Setiap kategori ada masa flag off sendiri, dari 9:00 PM sampai 1:30 AM. Rujuk poster Race Schedule di atas. Acara berlarutan sampai lebih kurang 5:30 pagi.
07

Selepas Daftar

  1. 01
    Pilih kategori, klik Daftar, dan lengkapkan bayaran.
  2. 02
    Selepas bayaran sah, pautan roster dihantar ke emel pengurus pasukan.
  3. 03
    Senarai pemain (roster) wajib dilengkapkan dalam tempoh 24 jam selepas bayaran disahkan.
  4. 04
    Kutip Race Kit pada 17 September 2026, 10:00 AM hingga 6:00 PM, di Paya Bunga Square.

Langkah 2 dan 3 melibatkan senarai pemain pasukan (Ekiden Team).

08

Penganjur & Rakan

Anjuran
Terengganu Marathon, Twobridges Marathon, Bridge2Bridge.
Strategic Partner
PMINT, UTC Terengganu, Paya Bunga Square, PMINT URUS.
Official Apparel Partner
ASR Stride.
Official Registration Portal
Flag Off Asia.
09

Poster Rasmi

Sepuluh poster rasmi acara. Guna anak panah untuk tengok satu persatu, klik poster untuk saiz penuh.

Poster utama TM27 X PMINT Square Ekiden Challenge, Flag Off 9:00 PM pada 18 September 2026 di Paya Bunga Square
Poster Utama1 / 10 · klik untuk saiz penuh
Poster protocol sash: wajib dipakai merentang badan, serahan tangan ke tangan dalam Transition Zone, dan tiga risiko disingkirkan
Sash Protocol2 / 10 · klik untuk saiz penuh
Poster data dan peraturan: satu pusingan 3.2 KM, jumlah 9.6 KM sepasukan, staging di Transition Area, masa rasmi bila pelari ketiga tamat
Data & Rules3 / 10 · klik untuk saiz penuh
Poster kategori dan hadiah: Teenager, Open, Veteran dan Solo Run, setiap kategori Champion RM300, Runner Up RM150, Second Runner Up RM100
Categories & Prizes4 / 10 · klik untuk saiz penuh
Poster yuran penyertaan: Solo Run RM69 per pax dan Ekiden Team RM207 satu pasukan
Entry Fees5 / 10 · klik untuk saiz penuh
Poster entitlement lapan item untuk Ekiden Team dan Solo Run
Entitlement6 / 10 · klik untuk saiz penuh
Poster peta laluan: satu pusingan 3.2 KM, dengan Start, Finish dan Transition Area di Paya Bunga Square
Route Map7 / 10 · klik untuk saiz penuh
Jadual perlumbaan bahagian pertama: flag off dan cut off bagi Teenager Men, Women dan Mixed, Solo Men dan Women, serta Veteran Men dan Women
Race Schedule 18 / 10 · klik untuk saiz penuh
Jadual perlumbaan bahagian kedua: flag off dan cut off bagi Veteran Mixed dan Open Men, Women dan Mixed, serta masa penyampaian hadiah
Race Schedule 29 / 10 · klik untuk saiz penuh
Poster REPC: pengambilan Race Kit pada 17 September 2026, 10:00 pagi hingga 6:00 petang di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu
REPC10 / 10 · klik untuk saiz penuh

Terhad 20 pasukan setiap kategori. Pendaftaran tutup 5 September 2026.